Masih
banyak lagi ibu bapa belum tahu bagaimana penjagaan bayi ketika dia dalam
keadaan demam.
Jika
kita tersilap langkah, berkemungkinan demam anak berkenaan mungkin akan melarat
dan keadaan ini pastinya membimbangkan ibu bapa.
Sebelum
perkara yang tidak diingin berlaku, langkah wajar perlu diambil.
Demam
adalah naiknya suhu badan melebihi 37.5 celcius. Suhu normal badan ialah 36-37.5
celcius. Demam sebenarnya satu proses pertahanan
badan si bayi jika ada serangan bakteria atau virus.
Ketika
ini suhu badan naik automatik sebab sistem pertahanan si bayi sedang melawan infeksi
itu. Ketika ini tidak perlu berikan pada dia ubat penurun panas. Biarkan saja
tubuhnya bekerja secara alami.
Cara
menurunkan suhu badan ketika demam.
-
Gunakan kain tuala kecil dibasahkan dengan air panas suam lalu diletak di dahi,
perut, leher, ketiak dan celah paha. Air hangat suam ini membantu pembuluh
darah di kulit mengembang lalu membuka pori-pori dan memudahkan mengeluarkan
panas dari dalam tubuh.
Cara
salah menurunkan suhu badan ketika demam.
Kesilapan
selalunya menggunakan air sejuk, ais, atau ketualan ais. Hal ini akan
menyebabkan peningkatan lagi suhu badan bukannya menurunkan suhu badan.
Air
sejuk atau dingin akan menyebabkan pembuluh darah di kulit akan mengecut
sehingga panas yang dibawa darah ke bahagian kulit akan terhalang.
Apatah
lagi apabila demam ada di kalangan ibu bapa menyuruh mandikan anak dengan air
yang mempunyai ais. Kasihan pada si anak pasti dia akan lagi mengigil serta
akan lagi naik demamnya.
Cuba
hindari dari menyelimuti bayi anda yang demam atau memakaikan baju yang tebal
seperti jaket atau pakaian ketat yang dapat meningkatkan suhu badan.
Sebaiknya
gunakan pakaian yang tipis dan longgar, yang dapat menyerap peluh sehingga suhu
badan si comel menurun ke tahap normal.
Kerap
meminum air
Demam
memaksa badan mengeluarkan cairan lebih banyak seperti peluh dan kencing.
Maka
rajin-rajinlah menyusu atau berikan air yang banyak kepada bayi anda untuk
elakkan dehidrasi.
Lagi
banyak cairan diberi maka lagi banyak cairan keluar melalui urin yang juga
menolong menurunkan suhu badan yang panas.
Hindari
guna air sejuk
Jika
perlu mandikan bayi atau kanak-kanak yang demam, air yang digunakan harus air
yang hangat suam atau air paip, bukan air sejuk ais.
Dengan
begitu tubuh jadi segar dan nyaman. Setelah mandi, keringkan tubuh dengan kain
tuala dan terus cepat tutup badan dengan pakaian.
Jika
anak masih aktif tidak perlu makan ubat.
Anak
tak perlu makan ubat jika ia demam tapi boleh bermain atau makan minum seperti
biasa.
Hanya
jeram jelum anggota badannya dengan air panas suam. Ubat diberikan jika suhu
badannya mencapai lebih dari 38 celcius.
Sekiranya
bayi atau anak anda demam berpanjangan lebih dari 2 hari dan kelihatan lesu,
hilang selera makan minum, panas kejang, susah bernafas, muncul bintik merah
atau biru di tangan, muntah dan cirit, itu tandanya infeksi kuman yang tubuh
bayi atau kanak-kanak tidak dapat melawan.
Segeralah
bawa ke berjumpa doktor. Doktor akan siasat punca panas dan infeksi tersebut.
No comments:
Post a Comment