Berat badan dikategorikan kepada
kurang berat, normal, berat lebih daripada normal dan obes berdasarkan indeks
jisim badan atau body mass index (BMI). Cara kira BMI ialah berat (kilogram)
dibahagi dengan ketinggian (meter) kali ketinggian (meter).
Contoh pengiraan, jika berat badan
anda 65 kilogram dan ketinggian anda 1.70 meter. Cara kira ialah 65 dibahagi
1.7 dan dibahagi sekali lagi dengan 1.7. Jawapannya ialah 22.49.
Carta BMI adalah seperti di bawah.
-
Kurang daripada 18.4 - berat badan kurang atau kurus
- 18.5 hingga 24.9 - berat badan
normal atau idel
- 25 hingga 29.9 - berat badan
berlebihan
- 30 hingga 34.9 – obesiti tahap 1
- 35 hingga 39.9 – obesiti tahap 2
- 40 dan ke atas – obesiti tahap 3
Jika anda tergolong dalam kategori
mereka yang mempunyai berat badan berlebihan atau mengalami obesiti, maka
berhati-hatilah kerana anda mempunyai kemungkinan 90 peratus diserang penyakit
kencing manis, demikian menurut hasil kajian Persatuan bagi Mengkaji Obesiti
Malaysia.
Kajian itu mendedahkan bahawa
risiko itu tidak terhad kepada mereka yang berusia melebihi 40 tahun saja,
tetapi juga semua peringkat usia.
Sekarang ini golongan lebih muda
juga menghidap kencing manis jika mereka mempunyai berat badan berlebihan atau
obese. Tak perlu tunggu hingga mencapai usia 40 tahun.
Bahkan, kanak-kanak juga tidak
terlepas daripada penyakit kencing manis dan fenomena yang wujud di negara
Barat ini hanya menunggu masa saja untu menjalar ke Malaysia.
Kita boleh makan 24 jam sehari,
tapi tak boleh bersenam. Resipi ini boleh membawa padah. Keadaan itu tidak
baik, terutama bagi Malaysia, yang jumlah penduduk dewasanya merangkumi
kira-kira 13 juta daripada keseluruhan 26 juta penduduk.
Jika kira-kira 30 peratus saja
daripada 13 juta golongan dewasa ini yang mempunyai berat badan, keadaannya
tidak baik kerana jumlah itu dikira besar.
Genetik juga
memainkan peranan besar dalam masalah obesiti kerana kajian menunjukkan bahawa
jika ibu bapa seseorang itu tergolong sebagai mereka yang mempunyai berat badan
berlebihan, maka anak mereka mempunyai peluang sebanyak 80 peratus untuk
mengalami masalah serupa.
No comments:
Post a Comment