Kebanyakan
kita bukan dilahirkan dari keluarga kaya. Namun, berkat usaha dan pengorbanan
ibu bapa, kehidupan berubah menjadi lebih baik. Berbekal pengorbanan dan didikan
ibu bapa, banyak yang berjaya mengubah dan mencapai kehidupan lebih baik. Jadi,
jangan sekali-kali kita lupa pengorbanan ibu bapa. Tanpa mereka kita tidak ada
apa-apa.
Catatan
ini dizahirkan apabila membaca kiriman sahabat di FB.
Pagi ni jengok kebun getah peninggalan ayah. Diusahakan
dengan penat jerih dan air mata semasa zaman susah dulu.
"Dia" tidak kaya tetapi berjaya mendidik anak anak untuk keluar dari kemiskinan dan hidup lebih selesa berbanding dulu.
Sesungguhnya jasa dan pengorbananmu tidak terbalas oleh
kami..
Alfatihah untuk ayah dan ibu.
Di
ruangan komen ada meninggalkan catatan: Dia buat kebun selain utk menyara
keluarga juga Di niat untuk Di tinggal kepada anak2 .. jadi anak2 jangan jual
kecuali atas alasan yg terpaksa
No comments:
Post a Comment