Sekam
padi iaitu kulit padi yang tanggal setelah ditumbuk atau dimesin amat sesuai
digunakan sebagai medium tanaman. Penggunaan sekam padi dianggap sebagai satu
nilai tambah kepada usaha penanaman padi.
Sebelum
ini sekam padi hanya dibakar menjadi abu sebagai cara untuk melupuskannya.
Sekam padi sebenarnya sukar untuk dilupuskan atau dihancurkan tanpa dibakar.
Bahkan proses pembakaran padi sehingga menjadi abu mengambil masa lama. Sebab
itu ada pepatah ‘seperti api dalam sekam’, yakni biarpun tidak kelihatan
apinya, tetapi masih menyala di dalamnya.
Untuk
menjadikan sekam sebagai medium tanaman perlu melalu proses pembakaran agar menjadi
arang sekam padi. Yakni, ia terbakar tetapi tidak menjadi abu. Jika terbakar
menjadi abu, fungsi dan kebaikan penggunaannya akan berbeza dengan arang sekam
padi.
Proses
membakar sekam padi menjadi arang tidak sukar, tetapi perlu ikut proses yang
berkenaan agar berjaya menjadi arang sekam padi dan bukannya abu sekam padi.
Keperluan
pertama ialah sekam padi itu sendiri. Pastikan ia kering. Sekam padi boleh
didapati di kilang memesin padi. Biasanya secara percuma sahaja.
Keperluan
lain ialah cerobong atau serombong. Biasanya ia adalah dawai besi yang digulung
bulat seperti batang paip. Serombong ini penting untuk proses pembakaran.
Serombong
diletakkan di tengah-tengah timbunan sekam padi. Jika sekam padi yang ingin dibakar
banya, maka serombong yang dibuat juga mesti tinggi agar tidak menutupi
serombong itu.
Masukkan
api yang dinyalakan menggunakan kertas atau sebagainya di dalam serombong.
Pastikan ia terus menyala dan membakar sekam padi di sekelilingnya.
Sepanjang
proses pembakaran, sekam padi yang belum terbakar ditimbunkan di tempat yang
telah terbakar. Ini bagi mempercepatkan ia terbakar sekata.
Setelah
semua sekam padi telah terbakar, api perlu dipadamkan agar tidak terus membakar
sehingga ia menjadi abu. Cara mudah untuk memadamkan api sekam padi ialah
dengan menyembur air kepadanya.
Antara
kebaikan atau kelebihan arang sekam padi ialah:
-
Menyediakan medium tanaman yang gembur membantu proses pertumbuhan akar pokok.
-
Kandungan nutrium yang tinggi.
-
Dapat menyerap atau menyimpan banyak air.
-
Proses pembakaran menyebabkan mikrob atau bakteria mati.
-
Menjadi medium yang baik untuk pembiakan organisma hidup.
-
Kaya kandungan unsur nitrogen (N), fosfor (P), kalium (K), kalsium (Ca) dan
Magnesium (Mg).
-
Kadar pH 6,5 sampai 7 yang sesuai untuk tanaman.
-
Lebih ringan.
Selamat
mencuba.
No comments:
Post a Comment