Bukit Kutu menjadi salah satu bukit yang menjadi tumpuan aktiviti kembara berjalan kaki (hiking) di Selangor.
Bukit Kutu berketinggian 1053 meter dari aras laut.
Secara teknikal, ketinggian 1053 sudah layak dipanggil gunung. Namun dalam peta
topografi mencatatkan ia sebagai 'Bukit Kutu'.
Bukit Kutu terletak di daerah Hulu Selangor
iaitu di Kuala Kubu Baru berhampiran Kampung Pertak, Selangor. Perjalanan untuk
tiba di situ sekurang-kurangnya mengambil masa selama 90 minit dari bandar
Kuala Lumpur.
Pendakian untuk sampai ke puncak Bukit Kutu
mengambil masa lebih kurang kira-kira empat jam pendakian biasa dan 5 jam atau 6
jam untuk yang mendaki santai.
Pendakian bermula melalui kawasan
perkampungan orang Asli Pertak penempatan baharu Kampung Orang Asli Simpang,
tidak jauh dari Empangan Hulu Selangor.
Trail mendaki hingga ke puncak Bukit Kutu
agak mudah pada permulaannya, tetapi selepas melintasi dua buah jambatan besi,
kesukaran mula dirasai apabila perlu merentasi bekas laluan 4x4 dan mengharungi
2 batang sungai.
Terdapat juga dua buah gua yang dikenali
sebagai Gua Air dan Gua Kambing sebelum sampai ke puncak
Menghampiri pucak Bukit Kutu terdapat kawasan
luas yang dibangunkan pada zaman pemerintahan Inggeris sebagai lokasi peranginan
dan 'pusat kawalan' Inggeris untuk kawasan tanah tinggi sekitar.
Puncak Bukit Kutu yang ditandakan sebagai ketinggian
1053 meter adalah sebongkah batu besar yang hanya boleh dinaiki oleh 2 atau 3
orang sahaja pada setiap masa dan memang agak bahaya sekiranya dinaiki
beramai-ramai.
Ketika berada di kawasan dataran mahunpun di puncak,
pengunjung berpeluang melihat panoramai sekitar Empangan Hulu Selangor, pekan Kuala
Kubu Bharu dan kawasan pergunungan berhampiran seperti Gunung Rajah dan Gunung Ulu
Semangkuk.
No comments:
Post a Comment