Saturday, 26 October 2019

BERKUBANG MENANGKAP IKAN DI SAWAH


Dahulu lain sekarang lain. Pengalaman kanak-kanak dahulu tidak lagi dilalui budak-budak zaman moden ini. Kalau ada yang masih berpeluang melakukan seperti dilakukan bapa atau datuk mereka, itu satu pengalaman amat menarik.

Satu aktiviti biasa dilakukan kanak-kanak dahulu ialah bermain lumpur di bendang atau sawah. Mereka bukan sahaja-sahaja bermain ingin kotorkan badan, tetapi mengutip atau menangkap ikan air tawar.

Peluang ini dilakukan biasanya ketika air di sawah semakin mengering. Masa itu sama ada pokok padi sudah disabit dan bendang telah kosong, kecuali baki batang pokok padi, atau pokok padi masih ada.

Kalau masa pokok padi telah disabit, itulah paling menarik. Boleh bebas menangkap ikan tanpa memikirkan perlu 'menjaga' pokok padi. Masa itu boleh berkubang habis.

Seluruh badan akan disaluti lumpur. Berkubang tidak ubah seperti kerbau berkubang.

Ikan yang dapat ditangkap biasanya puyu, haruan, keli dan sepat. Hasilnya tidak seberapa, tetapi kepuasannya tidak terhingga.  

No comments:

Post a Comment