Saturday, 6 June 2026

DAPAT KUAT SEMASA BERSAMA BERSATU

 
DAP dapat menjadi sebahagian kerajaan Johor ketika bersama BERSATU. Bukan setakat menjadi kerajaan, bahkan mendapat majoriti dalam exco.

Masa lalu adalah sejarah. Di sebalik sejarah ada pengajaran yang perlu kita pelajari dan ambil iktibar.

Sekarang ada pihak yang sedang main propaganda kononnya “undi UMNO-BN di Johor dapat DAP-PH”.

Yang paling kuat main naratif ini adalah para propagandis BERSATU.

Kita tengok pada sejarah. Fakta mengenai kerajaan Johor pada tahun 2019. Ketika itu, Johor ditadbir kerajaan PH yang dianggotai Bersatu, PKR, DAP dan Amanah. Menteri besarnya daripada Bersatu.

Siapa exco dalam kerajaan negeri? Majoriti DAP, ada empat orang. BERSATU ada tiga orang, termasuk menteri besar.  Masing-masing ada dua orang daripada PKR dan Amanah.

Sejak BN menang besar dalam PRN Johor 2022, kerajaan negeri Johor tidak pernah membenarkan DAP-PH masuk ke dalam kerajaan negeri walaupun berkali-kali dipujuk dan ditekan oleh Madani.

Kalau sejak 2022 pun BN Johor tetap tidak setuju, kenapa pula tiba-tiba BN Johor akan setuju selepas PRN akan datang sekiranya rakyat memberi mandat baharu kepada BN?

Jadi jangan mudah termakan propaganda murahan bahawa undi BN Johor bermaksud DAP-PH akan masuk kerajaan negeri.

Hakikatnya, BN Johor sudah membuktikan pendirian mereka melalui tindakan, bukan sekadar slogan.

Beri sokongan padu kepada Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi dan BN Johor untuk teruskan prestasi baik, kestabilan politik dan kemajuan Johor.

Johor perlukan kerajaan yang jelas pendiriannya, bukan parti yang dulu bersama DAP-PH tetapi sekarang tiba-tiba paling anti DAP-PH.

No comments:

Post a Comment