Tuesday, 8 April 2025

PILIH TEMPAT SEMBAHYANG SESUAI KETIKA BERMUSAFIR

 
Apabila kita bermusafir lebih daripada dua marhalah, kita diberi kelonggaran untuk menjamak (menghimpun) dan mengqasar (memendekkan) solat. 

Solat jamak dan qasar adalah suatu keringanan yang diberi oleh Allah SWT kepada hamba-Nya bagi orang musafir dengan jarak melebihi dua marhalah iaitu 81 kilometer dan lebih. Syarat lain ialah perjalanan yang tentu tujuannya (bukan merayau) dan tidak bertujuan maksiat. 

Dengan kata lain, jika menjamakkan solat Maghrib dalam waktu Isyak, waktunya boleh dilanjutkan sehingga sebelum habis waktu Isyak iaitu sebelum waktu Subuh. Waktunya panjang dan ada ruang untuk musafir mencari tempat yang sesuai untuk bersembahyang.

Elak bersembanyang di tempat yang boleh mengundang bahaya atau tidak sesuai kerana kotor atau banyak gangguan. 

No comments:

Post a Comment