Sunday, 21 June 2026

KAMPUNG PAHAT, GERIK

 
Kampung Pahat terletak di Mukim Kerunai, Gerik, Perak. Terkenal dengan sejarah asalnya sebagai kawasan pembiakan gajah. Perkampungan ini kini menjadi tumpuan pelancong kerana berlatarkan pemandangan indah Gunung Kenderong dan Gunung Kerunai.

Antara lokasi terkenal di Kampung Pahat adalah Denai Kabus yang menjadi pusat rekreasi agro yang popular untuk santai, berkhemah, berkayak, serta merasai pengalaman menaiki ATV dan zipbike.

Selain itu, Kem Bukit Pahat adalah tapak perkhemahan yang menjadi tumpuan penggemar alam semula jadi dengan pemandangan terus menghadap Gunung Kerunai.

Satu lagi keistimewaan kampung tersebut ialah menjadi tempat pengumpulan hasil kebun seperti durian, langsat dan duku yang ditanam penduduk di kampung berhampiran.

Kampung Pahat mudah diakses melalui Jalan Persekutuan 76 (laluan Gerik-Baling). Jarak dari bandar Gerik hanya kira-kira 10 kilomter.

No comments:

Post a Comment