Pengundi bebas memilih. Dalam sistem demokrasi pilihan raya,
adalah menjadi hak dan kebebasan untuk sesiapa sahaja menyokong dan mengundi
calon pilihan mereka. Pemimpin juga boleh menyuruh atau menghalang ahli untuk
memilih calon tertentu.
Pun begitu, terpulang kepada pengundi sendiri membuat
pilihan di kertas undi. Pengundi tidak boleh dipaksa untuk memilih calon
tertentu oleh mana-mana individu lain.
Dalam kes pemimpin PAS mengarahkan ahlinya menyokong calon
UMNO di 23 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN)
Johor ke-16, itu terpulang kepada ahlinya untuk membuat pilihan di atas kertas
undi nanti.
Secara konsepnya, ahli PAS memang taat dan patuh kepada
arahan dikeluarkan oleh pemimpin mereka. Itu sudah menjadi identiti ahli PAS.
Di pihak UMNO, sudah tentulah amat terbuka dan
mengalu-alukan sokongan sesiapa sahaja termasuk ahli dan penyokong parti-parti
lawan.
Namun UMNO-BN tentulah memberi lebih memfokus mendapatkan
sokongan rakyat yang berparti ataupun tidak dengan memperlihatkan pelbagai
kehebatan dan kejayaan Kerajaan BN di bawah Datuk Onn Hafiz sepanjang 4 tahun
menerajui Johor.

No comments:
Post a Comment