Saturday, 30 May 2026

PULAU BURUNG, SEBUYAU

 
Pulau Burung Ialah pulau kecil yang terletak di Laut China Selatan, di kawasan muara Sungai Batang Lupar, berhampiran Sebuyau yang terletak di Bahagian Samarahan, Sarawak.

Kawasan ini sangat terkenal di kalangan pelaut dan penduduk tempatan kerana lokasinya yang strategik serta mempunyai nilai sejarah tersendiri.

Pulau Burung menjadi tanda arah kepada pelaut dan nelayan yang ingin masuk ke muara Sungai Batang Lupar.

Pulau Burung ini turut dikenali sebagai Pulau Permata. Pulau ini mendapat nama Pulau Permata kerana dipercayai oleh orang terdahulu bahawa pulau tersebut memiliki hasil permata yang tidak boleh ditemui oleh semua semua. Hanya orang tertentu sahaja.

Perairan pulau ini merupakan lubuk rezeki yang popular untuk aktiviti perikanan dan sering menjadi kawasan perlindungan sementara atau tempat pendaratan bagi nelayan yang berdepan masalah di laut.

Kawasan Pulau Burung pada masa dahulu menjadi lokasi memburu burung. Tetapi, tidak pasti sama ada nama pulau itu dikenali Pulau Burung disebabkan di situ terdapat banyak burung.

Pulau tersebut dipercayai sudah didiami sejak ratusan tahun dahulu. Terdapat kawasan Perkuburan Islam yang dipercayai sudah berusia ratusan tahun iaitu sekitar kurun ke-16 Masihi lagi.

Namun, pada masa sekarang tidak ada penghuni tetap atau perkampungan di Pulau Burung.

No comments:

Post a Comment