Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK) akan
melakukan yang terbaik untuk membantu asnaf. Jika ada asnaf memerlukan bantuan,
akan diusahakan bantuan yang diperlukan.
Namun, dalam keterbatasan sumber kewangan,
banyak bantuan yang dipohon oleh asnaf tidak dapat ditunaikan. Pun begitu, ini
tidak bermakna akan dibiarkan nasib asnaf terkapai-kapai mendapatkan bantuan.
PCAK akan mencuba mencari badan bukan
kerajaan (NGO), syarikat, jabatan, institusi dan orang perseoranan yang boleh
membantu. Melalui kerjasama baik dengan pihak lain, bantuan yang dipohon untuk
asnaf biasanya akan tertunai.
PCAK merupakan NGO kebajikan yang berusaha
membantu golongan asnaf. PCAK memerlukan lebih banyak sumbangan daripada orang
ramai agar lebih banyak lagi asnaf dapat dibantu.
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi
Pengerusi Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan, Fazliyaton Daud di talian
011-1941-3639.
Pihak yang ingin menyumbang boleh dilakukan
melalui akaun bank: 100-5055-000000-084 (MBSB).
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan adalah
pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan: PPM-006-03-30032021
No comments:
Post a Comment