‘Trigger
finger’ adalah satu keadaan di mana jari anda tersangkut semasa di posisi
bengkok. Ia akan mengeluarkan bunyi (´snap´) semasa diluruskan.
Dalam
keadaan teruk, jari mungkin akan tersangkut dan kekal dalam keadaan bengkok. Ia
memerlukan bantuan jari lain untuk diluruskan dan disusuli dengan sakit yang
amat sangat.
‘Trigger
finger’ adalah disebabkan oleh kesempitan salur tendon di jari kita. Sebab
utama kesempitan ini adalah pergerakan menggenggam yang berulang oleh jari yang
terlibat. Ia lebih biasa ditemui pada kaum wanita di antara umur 40 – 60 tahun.
Risiko
untuk mengalami ‘trigger finger’ adalah lebih pada pesakit diabetes mellitus
dan rheumatoid arthritis.
Tanda
dan gejala:
- Jari
yang susah untuk bergerak terutama pada waktu pagi
- Bengkakan
yang kecil pada jari yang terlibat
- Tersangkut
pada posisi bengkok dan tidak boleh diluruskan
- Bunyi
“klik” semasa pergerakan jari
No comments:
Post a Comment