Sunday, 11 December 2022

BERHATI-HATI MELALUI JALAN DIPENUHI AIR

Semasa banjir, banyak jalan yang dilimpahi air. Tidak nampak kiri dan kanan ada parit atau tidak. Kalau tidak pasti, jangan lalu. Jangan tempah bahaya.
 
Tetapi, disebabkan tugas atau keperluan lain, ada pemandu yang mencuba nasib. Diredah juga laluan dipenuhi air. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.
 
Kalau setakat alami kecelakaan kecil, itu mungkin tidak berasa sangat. Tetapi bagaimana jika kecelakaan besar yang melibatkan nyawa atau kerugian besar? Berasa tidak berbaloi meredah air.
 
Berhati-hatilah ketika banjir. Sayangi diri sendiri, ahli keluarga dan harta.

No comments:

Post a Comment