Kita biasa menyebut perkataan nenek, ibu, anak,
cucu dan cicit. Apa pula gelaran atau panggilan selepas cicit dalam susunan
salasilah keturunan Melayu?
Mengikut Kamus Dewan, panggilan susunan
salasilah keturunan Melayu selepas cicit ialah piut. Piut ialah keturunan yang
kelima (cucu kepada cucu).
Selepas piut adalah oneng-oneng.
Perkataan piut-miut pula adalah merujuk
kepada keturunan yang sudah jauh. Manakala piat-miut pula adalah anak cucu yang sudah jauh.
Perkataan lain yang merujuk kepada keturunan
yang telah jauh ialah piut-miut dan piat-piut.
Susunan keturunan ke bawah:
1. Anda
2. Anak
3. Cucu
4. Cicit
5. Piut
6. Oneng-oneng
7. Piut-miut
8. Piat-miut
9. Piat-piut
Susunan keturunan ke atas
1. Anda
2. Ibu/bapa
3. Nenek /atuk
4. Moyang
5. Buyut
6. Cakawari
7. Cilawagi
No comments:
Post a Comment