Saturday 26 November 2022

RAJIN ITU PERCUMA, MALAS MENYEBABKAN KERUGIAN

  
Sesungguhnya rajin itu percuma. Tidak kena bayar. Tiada kos yang diperlukan untuk menjadi rajin. Apa yang diperlukan ialah ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk rajin. Rajin memudahkan apa yang diinginkan. Rajin menjadikan kehidupan lebih baik. 
 
Sebaliknya, malas yang menjadikan bebanan hidup. Perbuatan malas ini akan mewarisi banyak perkara buruk. Hidup malas membawa bebanan kepada hidup. Hanya bermula daripada malas, hidup terus berlanjutan dengan masalah dan kerugian. 
 
Orang malas membaca, tidak dapat ilmu, kurang pengetahuan, tidak lulus ujian kepintaran, gagal, tiada pekerjaan bagus, pendapatan rendah, miskin. Terbeban hidup. 
 
Orang malas kemas rumah, rumah berselerakan, susah mahu belajar, tidak selesa akhirnya tidak fokus, ilmu tidak masuk dalam kepala atau fikiran, ujian tidak mendapat cemerlang, pencapaian rendah, bidang pekerjaan untuk memperoleh pendapatan tinggi adalah tiada. 
 
Jadi kenapa memilih untuk hidup bermalas-malas! Berubahlah menjadi rajin. Allah tidak akan mengubah nasib seseorang, melainkan orang itu berusaha sendiri mengubahnya.

No comments:

Post a Comment