Friday 11 November 2022

JUALAN AMAL PERTUBUHAN CAKNA ASNAF KELANTAN

 
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK) mengadakan jualan amal untuk mengisi tabung Asnaf Food Bank dan PCAK sendiri. Jualan amal tersebut bukan sahaja untuk mengisi tabung, tetapi juga dapat membantu golongan yang menghasilkan barang kraf tangan yang rata-rata terdiri golongan asnaf. Dengan kata lain, jualan amal ini memberi manfaat dua dalam satu. 
 
Barang kraf tangan yang dijual seperti tudung saji, beg kercut, beg rotan, gayung tempurung kelapa, bakul rotan, alas pinggan, tikar kercut dan lain-lain. Semuanya cantik dan berkualiti dihasilkan mereka yang kreatif dan mahir. Sesuai untuk dijadikan cenderamata mahupun untuk kegunaan sendiri. 
 
Sesiapa berminat untuk membeli atau memberi sumbangan boleh berhubung dengan Pengerusi PCAK, Fazliyaton Daud di talian 01119413639.
 










 

No comments:

Post a Comment