Sunday 9 October 2022

PERTANDINGAN BERUK PETIK KELAPA

 
Orang Kelantan memang kreatif. Apa sahaja yang boleh dipertandingkan, maka jadilah satu pertandingan. Biasanya jika disebut Hari Sukan Negara, yang tergambar ialah penglibatan rakyat dalam pelbagai jenis sukan. 
 
Namun, di Kuala Kandis, Bachok lain pula yang dipertandingkan. Sempena Hari Sukan Negara 2022, yang dipertandingkan atau aktiviti sukan yang dilakukan ialah pertandingan beruk petik kelapa. 
 
Pertandingan tersebut telah menarik penyertaan 100 ekor beruk yang dibawa datang dari seluruh Kelantan termasuk dari Terengganu dan Naratiwat, Selatan Thailand. 
 
Idea menganjurkan pertandingan tersebut dicetuskan oleh Azmi Mamat, seorang pesara Jabatan Penerangan Malaysia. Azmi atau lebih dikenali di kalangan penduduk setempat dengan nama Paksu Mi.

Kredit: Aswadi Md Nor

No comments:

Post a Comment