Saturday, 9 July 2022

BOT TAMBANG DELTA SUNGAI KELANTAN

  
Khidmat bot tambang satu keperluan kepada penduduk pulau di kepulauan delta Sungai Kelantan di jajahan Tumpat. Biarpun kebanyakan penduduk di pulau memiliki bot sendiri, namun ada juga yang tidak memiliki atau lebih selesa menggunakan khidmat bot tambang. 
 
Peluang mendapatkan penumpang atau pengguna bot tambang agak terhad. Tidak banyak orang luar ada urusan untuk ke pulau. Bilangan pelancong yang mendapatkan bot untuk menikmati suasana pulau juga agak terhad. 
 
Jadi, usaha untuk mengaktifkan aktiviti ekonomi di kawasan pulau perlu ditingkatkan. Ia bukan sahaja memberi kebaikan kepada penduduk pulau, bahkan yang paling awal mendapat keuntungan ialah pengusaha bot tambang. 
 
Apabila ada operasi pasar terapung di Pulau Suri dan Pulau Renjuna, pengunjung banyak yang datang. Banyak pengusaha bot tambang mendapat rezeki tambahan. 
 
Permintaan terhadap khidmat bot tambang meningkat berkali ganda sehingga ada yang bukan di kalangan pengusaha bot tambang pada hari-hari biasa akan turut menyediakan perkhidmatan tersebut pada hari operasi pasar terapung. 
 
Semoga operasi pasar terapung lebih besar dan lebih banyak pengunjung datang, termasuk dari luar negara, sekaligus membantu meningkatkan pendapatan pengusaha bot tambang. 
 
Operasi bot tambang di dua jeti utama iaitu Jeti Kok Majid dan Jeti Kuala Besar. Selain itu ada juga bot berlepas dari Jeti Che Lat.

No comments:

Post a Comment