Tepung boko ubi kayu sejenis kuih tradisi terkenal di Kelantan. Dinamakan tepung boko kerana selepas dimasakan ia dituangkan ke dalam boko untuk disejukkan.
Boko
adalah perkataan dialek Kelantan yang merujuk kepada talam dalam bahasa baku.
Boko
sejenis pinggan diperbuat daripada logam yang digunakan untuk mengukus atau
meletak makanan panas.
Resipi Tepung
Boko Ubi Kayu
Bahan
bahan:
- 1
ketul ubi kayu yg besar - (dalam 3 cawan ubi parut)
- 1
cawan gula pasir
- 10
helai daun pandan - kisar dengan 2
cawan air dan ambil patinya.
- secubit
garam
Cara menyediakan
-
Ubi dikopek kulitnya (jangan dipotong) dan dibasuh bersih
- Belah 2 untuk
membuang urat tengahnya.
- Parut ubi sehingga habis
-
Perahkan air dari ubi parut tadi. Tak perlu terlalu kering.
-
Panaskan periuk kukus.
-
Campurkan parutan ubi, gula pasir, air daun pandan dan garam sehingga rata.
-
Masukkan adunan ubi di dalam loyang dan kukus selama 30 minit.
-
Hidangkan bersama kuah santan
Kuah santan
Bahan
bahan:
- 1
kotak santan (200 ml)
- 4 sudu besar tepung beras
- 2
sudu kecil garam
- Sehelai
daun pandan - disimpul
Cara
menyediakan
-
Bancuh tepung beras dengan sedikit air sehingga rata
- Tapiskan.
-
Campurkan santan, air dan air bancuhan tepung beras, garam dan daun pandan
dalam periuk.
-
Masak di api sederhana sehingga kuah menjadi pekat dan masak.
-
Sedia untuk dihidangkan bersama kuih ubi yang dikukus tadi.
No comments:
Post a Comment