Tahukah
anda pengambilan sarapan pagi memberi banyak kebaikan. Amalan itu bukan sahaja
memberikan tenaga harian, malahan terdapat juga bukti menunjukkan bahawa
pengambilan sarapan membantu mengurangkan risiko penyakit kencing manis atau
diabetis melitus jenis 2.
Secara
asasnya pengambilan sarapan pagi berfungsi untuk menghindarkan kelaparan dan
membantu mengelakkan seseorang terlebih makan pada waktu kemudian.
Ini
akan menggalakkan seseorang mengambil makanan pada kadar sepatutnya dan
membantu mengurangkan risiko obesiti.
Pengambilan
sarapan juga memberi kesan psikologi yang positif dengan kajian yang
menunjukkan wanita yang mengambil sarapan akan mempunyai tahap rintangan insulin
dan kolesterol yang lebih rendah.
Tahap
kolesterol yang rendah mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung. Berkenaan
rintangan insulin, ia merupakan keadaan di mana hormon tidak mampu untuk
membawa glukosa ke dalam sel badan secara berkesan.
Keadaan
ini menyebabkan sel badan kelaparan sementara glukosa berkumpul dalam darah dan
memusnah segala saluran darah. Jika keadaan dibiarkan berterusan lama-kelamaan
insulin ini akan menyebabkan diabetis.
Penemuan
juga menunjukkan sama ada kanak-kanak mahupun dewasa yang mengambil sarapan
mempunyai berat badan dan kandungan lemak yang lebih baik lantas mengurangkan
risiko penyakit kardiavaskular.
Kajian
juga menunjukkan kanak-kanak yang mengambil bijirin sarapan tinggi serat
mempunyai rintangan insulin yang lebih rendah berbanding mereka yang mengambil
jenis makanan lain.
Beberapa
tip pengambilan sarapan yang sihat bagi mengurangkan risiko mendapat penyakit
diabetes.
Seeloknya
ambil sarapan dalam tempoh sejam atau selepas berjalan dan elakkan mengambil
sarapan yang lewat.
Makan
makanan yang tinggi protein kerana kandungan serat yang tinggi membantu kita
kurang rasa lapar dalam tempoh yang lama.
Tambah
buahan dan sayuran seperti pisang dalam bijirin dan lada benggala dalam
omelette. Elakkan mengambil pastri, makan makanan manis seperti donut dan mufin
ketika bersarapan. Makanan ini membuatkan kita berasa cepat lapar. Banyakkan
juga minum air kosong setiap hari.
Kebaikkan
sarapan pagi yang perlu diamalkan.
- Mengurangkan
berat badan.
-
Meningkatkan kuasa otak.
-
Tingkatkan mood anda.
-
Meningkatkan tenaga.
-
Mengurangkan risiko penyakit.
Keburukkan
tinggal sarapan pagi.
- Tidak
membantu menurunkan berat badan.
-
Menurunkan kadar metabolisme badan.
-
Meningkatkan berat badan.
-
Tidak bertenaga.
-
Anda tidak akan cantik dan kacak.
Jadi,
amalkan mengambil sarapan pagi setiap hari untuk kehidupan lebih sihat dan
bertenaga.
Gambar: Pulut pagi atau pulut arung antara menu sarapan pagi terkenal di Kelantan.
No comments:
Post a Comment