Monday, 23 November 2020

KEBAIKAN BERTANI DI LAMAN RUMAH

Semakin banyak orang minat bercucuk tanam di kawasan halaman rumah sebagai hobi. Seronok bila melihat kejayaan orang lain dalam aktiviti bercucuk tanam. Selain mengisi masa lapang, ia juga mampu menjana pendapatan, selain menjimatkan perbelanjaan dapur.

Berkebun mampu mengurangkan tekanan dan menghilangkan segala masalah. Bila berkebun, rasa seronok sangat. Apatah lagi, jika ia dilakukan bersama ahli keluarga.

Keperluan dan peralatan untuk melakukan hobi berkebun tidak mahal. Mudah didapati di kedai input pertanian, pasaraya mahupun secara dalam talian.

Beberapa jenis tanaman yang sesuai ditanam di halaman rumah ialah sawi, bayam, kangkung, terung, timun, cabai, kubis dan sebagainya.

Jadikanlah pertanian ini satu hobi untuk hilangkan penat dan tekanan kerja.

Jika ada yang menyatakan “aku tangan panas” sebenarnya itu hanya satu mitos kerana sebenarnya apa jua yang kita nak buat mesti ada ilmu dan panduan. Barulah menjadi.

Untuk mendapat ilmu bercucuk tanam tidak sukar. Lihat sahaja di laman sosial atau laman sesawang yang menyediakan panduan untuk berkebun. Mereka akan menperincikan langkah demi langkah bagaimana untuk menanam jenis tanaman tertentu.

Selain itu, boleh juga berkongsi pengalaman dengan mereka yang mempunyai minat sama di laman sosial. Banyak kumpulan atau halaman mengenai pertanian ada di media sosial.

Laman rumah yang dihiasi dengan tanaman sayur-sayuran amat menarik dan mendapat perhatian ramai.

 

No comments:

Post a Comment