Gunung Lambak ini mempunyai 2
puncak (twin peak) dan meskipun ianya diklasfikasikan sebagai gunung
tetapi ketinggian puncak yang paling tinggi hanyalah setinggi 510 meter
(1,673 kaki) daripada paras laut.
Sesiapa yang singgah di Bandar Kluang,
mesti akan nampak puncak Gunung Lambak ini tersergam indah dan menjadi
permandangan latar belakang bandar Kluang.
Gunung Lambak ini terletak 5 km dari bandar
Kluang dan sekiranya daripada Lebuhraya Utara Selatan, bolehlah susur
keluar melalui Air Hitam/Batu Pahat dan terus menghala ke arah bandar
Kluang.
Pendakian akan bermula di Hutan Rekreasi Gunung Lambak yang telah dibangunkan sebagai tarikan rekreasi dan pelancongan.
Hutan Rekreasi Gunung Lambak ini turut menyediakan tapak perkhemahan dan perkelahan, ruangan parkir kenderaan yang luas dan juga taman permainan serta taman tema air dengan kolam untuk kanak-kanak.
Hutan Rekreasi Gunung Lambak ini turut menyediakan tapak perkhemahan dan perkelahan, ruangan parkir kenderaan yang luas dan juga taman permainan serta taman tema air dengan kolam untuk kanak-kanak.
Selain daripada terdapat juga chalet
penginapan dan juga kemudahan asas seperti tandas serta kemudahan
lain.
Ada dua trek Gunung Lambak. Satu trek agak
santai melalui jalan yang bertar dan satu lagi agak mencabar tapi
kedua-dua trek itu nanti akan bertembung sebelum menuju ke puncak.
Trek yang mencabar tadi memerlukan pendaki melalui sebuah jambatan gantung sebelum menyusuri jalan bersimen hinggalah jumpa trek hutan.
Pendakian daripada kaki gunung hingga ke
puncak mengikut trek sejauh kira-kira 2.5 kilometer mengambil masa lebih
kurang 1 jam setengah mendaki.
Trek bertar digunakan oleh syarikat pengendali
pemancar telekomunikasi di puncaknya. Pada satu ketika dahulu di puncaknya ada pemancar
stesen TV namun telah dihentikan operasinya.
Gunung Lambak mempunyai hutan dipterokarp
bukit. Terdapat pelbagai flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.
Ketika berada di puncak Gunung Lambak, pendaki
berpeluang melihat pemandangan indah bandar Kluang.
No comments:
Post a Comment