Ayam
adalah sejenis burung besar. Sepertimana kebanyakan burung dalam keluarga merak
yang lain, ayam jantan tidak mempunyai peranan dalam pengeraman telur atau
membesarkan anak. Tugas-tugas ini dilakukan oleh ayam betina.
Namun,
bapa ayam akan bertanggungjawab untuk menjaga ibu ayam. Opss itu adalah merujuk
kepada peribahasa atau nama panggilan bagi orang yang menjaga pelacur atau
wanita menawarkan khidmat seks. Jika yang menjaga dipanggil bapa ayam, maka
yang dijaga pula digelar ibu ayam.
Tidak
pasti pula apa kaitan wanita pelacur dan penjaganya dinamakan 'ayam'? Adakah
kerana wanita pelacur itu boleh dinikmati oleh pelanggan maka disamakan dengan
ayam?
Satu
lagi yang dikaitkan dengan nama ayam ditujukan kepada manusia iaitu berkaki ayam
dan ajak-ajak ayam. Tidak cukup dengan itu ada pula hangat-hangat tahi ayam. Satu
lagi tidur-tidur ayam. Yang ini lagi hebat, seperti ayam bertelur sebiji riuh sekampung.
Apapun
dalam hakikat sebenar ayam memang telah lama dipelihara sejak zaman kuno. Ayam
dipelihara untuk tujuan mendapat daging dan telurnya. Daging ayam dan telur ayam
mendapat permintaan tinggi sebagai makanan.
Ayam
dipelihara sebagai sumber makanan kerana mudah dan mengambil masa yang lebih singkat
berbanding kambing dan lembu.
Selain
itu, ayam jenis tertentu dipelihara kerana kecantikan dan sikap yang boleh dipertaruhkan dalam pertarungan.
Di
seluruh dunia terdapat beratus-ratus baka ayam yang wujud pada hari ini. Ciri-ciri
fizikal digunakan bagi membezakan baka-baka ayam iaitu saiz, warna bulu, jenis
balung, warna kulit, warna telur dan tempat asalnya.
Ayam
juga dikategorikan mengikut kegunaan utamanya sama ada untuk telur, daging atau
tujuan hiasan. Namun, beberapa jenis baka memiliki kegunaan lebih daripada
satu.
Untuk
tujuan dimakan, daging ayam paling terkenal kerana boleh dibuat untuk
macam-macam menu. Tidak kurang hebatya adalah khasiat yang diperoleh dari
daging ayam.
Kalau
untuk tujuan hiasan dan perlawanan, ciri-ciri tertentu jadi pilihan. Harga ayam
jenis kategorinya ini boleh mencecah harga sama dengan kambing dan mungkin juga
harga seekor lembu.
Dahulu
ada hobi melaga ayam yang mempertaruhkan sesuatu yang berharga. Ia salah satu bentuk
perjudian. Kisah Pak Kadok berlaga ayam dengan raja menjadi kisah yang cukup terkenal
berkaitan buruknya kesan berjudi.
Sekarang
ada pula pertandingan melibatkan ayam tanpa berlaga. Pertandingan ayam serama, ayam
cantik dan ayam sorak antara yang mendapat sambutan sekarang ini.
Begitu
kisah ayam yang cukup dekat dengan manusia. Sebagai manusia dikurniakan akal, ambillah
manfaat daripada ayam dan bukannya menjadi bapa ayam mahupun ibu ayam.
No comments:
Post a Comment