Mandi
malam dikatakan memberi keburukan atau kemudaratan pada kesihatan. Ibu bapa
menegah dan marah jika anak ingin mandi malam. Adakah benar mandi malam
mendatangkan mudarat atau sekadar satu mitos? Ada pendapat mengatakan mandi
malam adalah pantang larang tanpa fakta atau sekadar menegah untuk kebaikan
lain.
Dalam
amalan masyarakat Melayu banyak pantang larang. Contohnya ditegah duduk di atas
bantal kononnya akan tumbuh bisul, sedangkan sebenarnya takut bantal itu pecah
atau tidak sesuai tempat letak kepala diletakkan punggung.
Tentang
larangan mandi malam sebenarnya untuk mengelak berlaku perkara buruk ketika
mandi. Pada masa dahulu, telaga atau tempat mandi berada di luar rumah. Tentu
mendatangkan bahaya jika mandi pada waktu malam yang gelap gulita, terutama
kepada wanita.
Mandi
waktu malam tidak akan menyebabkan air masuk ke dalam tubuh dan berkumpul di
paru-paru seperti didakwa kebanyakan orang.
Fakta
perubatan sebenarnya menyatakan mandi malam bukan sahaja tidak mendatangkan
bahaya kepada kesiahtan, bahkan memberi banyak manfaat. Kajian menunjukkan yang
mandi bukan sahaja boleh membersihkan badan daripada kotoran tetapi juga boleh
menghilangkan stres.
Mandi
memainkan peranan penting dalam mempertingkat sistem imun badan selain mengelak
berlakunya penyakit kulit seperti ekzema dan masalah kesihatan lain. Ekzema
adalah penyakit kulit kronik yang menyebabkan kulit menjadi kering, senang
mengalami iritasi dan kegatalan. Tiada ubat bagi masalah ini tetapi penjagaan
kulit yang baik membantu mengawalnya.
Bila
kulit anda kering, ia bukannya kurang minyak tetapi kurang mengandungi air.
Untuk itu, penjagaan kulit harian yang baik serta fokus pada mandi dan
penggunaan pelembab diperlukan.
Rawatan
bagi kulit yang kering adalah dengan membuatkan kulit mengandungi air dan cara
yang terbaik dengan berendam ketika mandi dan menggunakan losyen pelembab
selepas itu.
Tujuan
mandi dan memakai pelembab adalah untuk memulihkan kulit kering.
Bagi
tujuan ini, kita perlu kurangkan kehilangan air daripada kulit.
Pakar
dermatologi (kulit) mengesyorkan mereka yang ada masalah ini supaya mandi dan
menggunakan pelembab pada waktu malam. Kulit anda tidak mungkin kering semasa
anda tidur, jadi air lebih senang meresap ke dalam kulit.
Kebanyakan
penyakit kronik antaranya diabetes, hipertensi, kegagalan buah pinggang dan
masalah kardiovaskular muncul daripada kegagalan sistem dalam badan, cara
pemakanan dan gaya hidup kita. Tiada bukti yang mengatakan mandi pada waktu
malam boleh mendatangkan penyakit-penyakit ini.
Air
mandian suam boleh membuka liang-liang roma badan dan membantu menghilangkan
toksin. Mandi dengan air hangat boleh mengurangkan sakit otot dan membantu usus
berfungsi dengan baik. Tapi kalau anda sedang mengalami stres, mandi dengan air
sejuk boleh membantu.
Negara
ini mempunyai iklim tropika di mana cuacanya adalah panas dan lembab dan oleh
itu mandi malam tidak mendatangkan kemudaratan. Lainlah kalau menghidapi
pneumonia dan tinggal di negara yang mempunyai iklim musim sejuk.
Mandi
malam adalah baik kerana ia membersihkan badan daripada bakteria dan virus. Kegagalan
mandi yang secukupnya boleh mendatangkan penyakit kulit dan juga bau badan. Bakteria
boleh bertindak pada peluh dan ini membangkitkan bau badan.
Kesegaran
mandi membuatkan badan lebih sihat, selain membersihkan bakteria daripada
permukaan kulit. Pembersihan kulit berlaku bila kita mandi. Lebih baik lagi
jika kita menggunakan sabun antibakteria.
Mandi
adalah kaedah baik bagi merehatkan otot badan. Setelah bekerja sehari suntuk,
otak dan badan anda perlukan rehat. Mandi pada malam hari (sebelum tidur) boleh
membantu mengembalikan ketahanan fizikal dan emosi.
No comments:
Post a Comment