Kulit
jadi putih, gubu dan glowing dalam tiga hari penggunaan. Wow… produk hebat.
Berhati-hatilah
dengan iklan hebat itu. Produk sedemikan sebenarnya mengandungi bahan
terlarang, terutamanya merkuri.
Merkuri
disenarai antara bahan kimia semulajadi yang berbahaya. Sebab itu, jika
berlaku tumpahan sedikit merkuri, akan dipanggil bomba untuk membuat
pembersihan. Sedikit tumpahan yang terkena pada bahagian badan akan
mendatangkan bahaya.
Malang
sekali ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan unsur merkuri dalam produk
kosmetik, terutamanya berkaitan dengan pemutihan.
Penggunaan
merkuri dalam produk pemutih akan mempercepatkan kesan wajah nampak putih. Inilah
kesan yang digilai oleh kebanyakan wanita hendak kelihatan putih dan berseri.
Penggunaan
produk mengandungi merkuri menyebabkan kerosakan pada melanin yang berfungsi
untuk mencegah redikal bebas. Melanin menyebabkan kulit kita kelihatan
kehitaman.
Jika
melanin rosak, itulah menyebabkan kulit kelihatan lebih putih. Sebenarnya
bukan puih, tetapi pucat tanda kulit tidak sihat.
Produk
bermerkuri memberi kesan tidak timbul jerawat sama sekali. Keadaan
ini disebabkan lapisan kulit epidermis kita telah rosak, kulit sudah tidak
mengandung protein dan melanin.
Akibatnya,
protin dan melanin yang berfungsi melindungi radiasi paparan matahar juga sudah
tidak berfungsi, sehingga bakteria tidak mampu hidup di kulit yang telah
tercemar merkuri.
Jerawat
dalam keadaan normal adalah berfungsi sebagai indikator tingkat kandungan
protein di dalam kulit yang juga untuk mengawal perawatan kulit wajah.
Justeru,
jika lupa untuk melakukan kebersihan wajah, umumnya jerawat akan timbul.
Jika produk ada merkuri, keadaan ini tidak terjadi kerana struktur protein
kulitnya telah berubah dan rosak.
Pori-pori
tampak mengecil dan halus, ini sebenarnya disebabkan lapisan kulit terluar
wajah kita telah menipis oleh logam merkuri yang sekali pandang kelihatan
mengecil dan halus.
Selain
kerosakan kepada kulit atau kanser kulit, merkuri turut memberi kesan menggangu
fungsi otak, kegelisahan dan gugup, kerosakan pada hati dan gingal, kecacatan
bayi baru lahir, serta menyebabkan keguguran dan kesan buruk lain kepada sistem
badan.
Nasihat
kepada wanita, tidak perlu fikirkan soal kulit putih. Jika telah ditakdir
berkulit gelap atau hitam, terimalah hakikat itu. Putih bukan penentu
kecantikan.
Banyak
Ratu Cantik Dunia adalah mereka yang berkulit gelap. Di negara rakyat berkulit
gelap, mereka berbangga dengan warna kulit mereka sedemikian.
Dan,
paling penting Allah tidak pernah menilai hambaNya berdasarkan kepada warna
kulit. Sebaliknya yang menentukan mulia atau hina seseorang hamba adalah
berdasarkan kepada takwanya.
No comments:
Post a Comment