Cerita Pok Ya Cong Codei arahan Sabri Yunus
terbitan Balang Rimbun Sdn Bhd mendapat sambutan hebat.
Telefilem yang dibarisi pelakon Sabri Yunus,
Fikry Ibrahim, Uqasha Senrose, Mustapha Kamal, Saidi Sabri dan Hadi Nawawi
mengisahkan Pok Ya (lakonan Sabri Yunus)
merupakan seorang samseng gedebe di Kelantan. Dia mendapat tugasan untuk
mencari anak seorang peniaga yang diculik di Kuala Lumpur.
Cong Codei adalah sebutan
diucapkan Pok Ya apabila ingin memberitahu kepada rakan (anak buahnya) nama
hotel tempat dia tinggal. Nama sebenar hotel tersebut ialah Hotel Concorde Shah
Alam.
Dalam borak-borak dengan
rakan-rakan mengenai telefilem itu, tersebutlah bahawa sebutan cong codei itu memang pernah berlaku.
Mengikut kisah kawan itu, sekitar
tahun 1997, ketika hotel itu baru siap dibina dan menjadi satu mercu tanda Shah
Alam.
Kawan kepada yang bercerita
itu mengatakan seorang rakannya menelefon ajak berjumpa. Tetapi, kawan itu tidak mengetahui nama tempat
itu.
Lalu, untuk menyatakan atau
menggambarkan tempat itu, maka diberitahu bahawa dia berada berhampiran dengan
satu hotel yang disebutnya sebagai cong codei.
Si yang mendengar sebutan
itu tidak dapat mengagak nama sebenar tempat itu, sehinggalah disuruh agar
mengeja nama hotel itu.
Sebutan cong codei
kemudiannya menjadi bahan gurauan.
Ada pun sama ada cerita itu
betul atau tidak, penulis tidak dapat pastikan.
Dan tidak diketahui juga bagaimana Sabri Yunus mendapat ilham menggunakan perkataan cong codei
Dan tidak diketahui juga bagaimana Sabri Yunus mendapat ilham menggunakan perkataan cong codei
No comments:
Post a Comment