Friday, 23 February 2018

PUJI MASAKAN ISTERI


Ada seorang suami baru balik dari masjid mendengar kuliah dari seorang ustaz. Tajuk kuliahnya berkaitan ucapan terima kasih kepada isteri.

Dia sudah kahwin 30 tahun namun tidak pernah ucap terima kasih kepada isterinya. Balik dari masjid, dia berazam hendak ucap terima kasih apa yang dilakukan oleh isterinya.

Sampai di rumah, isterinya menghidangkan nasi goreng kosong yang sangat ringkas. Sebaik menjamah, si suami mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga sambil puji melambung kepada isterinya betapa sedap nasi goreng tersebut.

Tiba-tiba isterinya bercekak pinggang sambil menterbeliakkan biji matanya yang bulat lalu berkata: "Dah 30 tahun saya masak nasi goreng tapi abang tak pernah puji pun. Tiba-tiba makan nasi goreng yang ni abang puji bukan main lagi"

Si suami terpinga-pinga lalu bertanya: "Puji pun salah ke?"

"Yalah. Ni nasi goreng janda sebelah yang bagi," jawab si isteri sambil terus marahkan si suami.

Tauladan kisah ini, suami memang patut puji atau berterima kasih apa yang dilakukan oleh si isteri.

Keduanya, kalaupun hendak puji kenalah ikhlas. Jangan berlebih-lebihan. Perkara yang berlebih-lebih memang mendatangkan mudarat.

No comments:

Post a Comment