Ikan kenerak. Ikan kenerak (Bagarius lica) hidup di kawasan yang
mempunyai arus yang pelbagai dan kadar oksigen terlarut yang tinggi. Sebab itu,
ia biasanya ditemui di sungai-sungai yang agak berbatu atau ada arus yang cukup
kuat dan sesuai dengan keperluannya.
Di Malaysia, ikan ini hanya pernah direkodkan secara rasmi
di lembangan Sungai Pahang, Sungai Kelantan, dan Sungai Terengganu.
Ikan ini turut dikenali "baung kenerak", tetapi
sebenarnya ikan kenerak bukan spesies ikan baung, kerana mengikut taksonomi
kedua-duanya berada di dalam keluarga yang berbeza, dari segi morfologi juga
ada perbezaan.
Ikan kenerak berada di dalam keluarga sisioridae. Ikan ini
turut dikenali dengan nama ikan misai dan ikan askar.
Hanya ada satu spesies Bagarius di Malaysia, iaitu Bagarius
lica. Spesies ini diketahui boleh membesar sehingga 60 inci panjang dan menjadikan
ikan ini satu darpada spesies ikan air tawar tempatan yang bersaiz 'gergasi'.
Selain di Malaysia, Bagarius lica turut ditemui di Indonesia
dan Thailand.
Foto oleh: Jean-Francois Helias / Fishing Adventures
Thailand

No comments:
Post a Comment