
Ada banyak jenis ikan gelama, tetapi ikan gelama sungai paling sukar diperoleh kerana ia hanya ada setahun sekali iaitu pada April. Ia akan diproses menjadi ikan kering dan ikan bekok.
Rasanya yang unik dan enak menyebabkan ikan kering gelama sungai mempunyai penggemarnya tersendiri, jadi walaupun harganya dianggap 'harga kayangan' ikan kering tersebut tetap mendapat permintaan tinggi. Harganya boleh mencecah sehingga RM100 sekilogram (kg).
Ikan kering gelama sungai memiliki isi yang lebih banyak dan saiznya
lebih besar berbanding ikan kering lain.
Rasa ikan kering gelama sungai juga berbeza daripada ikan gelama bekok
(dibuat separuh kering dan basah) yang biasa terdapat di pasaran, kerana ia
bukan saja segar dan kurang masin malah lebih enak terutama apabila dinikmati
bersama nasi panas.
Ikan gelama sungai hanya "masuk" muara sungai sehingga beberapa kilometer jauhnya hanya pada pada masa tertentu sahaja. Jadi, ia menjadi kegilaan kaki pancing untuk mendapatkan gelama sungai apabila tiba masanya.
Uniknya, ikan gelama sungai akan segera kembali ke laut apabila berlaku kilat di kawasan berkenaan. Pemancing tidak lagi berpeluang mendapat ikan gelama sungai pada hari tersebut.
No comments:
Post a Comment