Sunday 29 January 2023

Obor-obor berbahaya dikesan sekitar Pantai Irama

  
Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan tidak menyentuh obor-obor jenis Portuguese man o' war yang dikesan di sekitar Pantai Irama, Bachok.
 
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mendekati obor-obor itu kerana ia akan menyebabkan kegatalan serta kesan negatif lain.
 
Jika terkena, mangsa perlu membuangnya dengan menggunakan kayu atau sarung tangan bagi mengelakkan kesan yang lebih mudarat.
 
Obor-obor berkenaan naik ke darat berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu iaitu angin yang kuat, ombak besar dan terjadinya air pasang.

No comments:

Post a Comment