Monday 12 September 2022

SENI SILAT SPELEK CABANG TEMPUR TANPA SENJATA

  
Seni Silat Spelek merupakan satu cabang tempur tanpa senjata yang jarang dikenali, biarpun dahulu agak terkenal juga. Namun sekarang ini di sesetengah tempat ia mula dikenali semua apabila ada pihak yang mengaktifkan semula seni silat tersebut. 
 
Antara pihak yang berusaha mengetengahkan semua seni Silat Spelek ialah Pertubuhan Seni Silat Spelek Pasir Mas. Usaha untuk kembali menghidupkan seni bela diri ini amatlah dipuji. 
 
Antara tokoh yang menggiatkan kembali Silat Spelek ialah Mahaguru Mokhtar Taib dan Mahaguru Abg Zin. 
 
Latihan dilakukan atas dasar memperkasakan jati diri anak bangsa agar menghargai dan menyayangi seni pusaka bangsa. 
 
Seni bela diri silat amat berguna dalam mendisiplinkan generasi anak muda dalam kehidupan seharian. 
 
Pada masa sama, seni silat dapat mengembalikan kegemilangan silat sebagai salah satu aktiviti mempertahankan diri yang mampu membentuk jati diri bangsa Melayu.

No comments:

Post a Comment