Sejarah
minyak wangi telah lama. Asal usul nama minyak wangi berasal daripada perkataan
Latin yang bermaksud ‘penyulingan wap’.
Minyak wangi ini telah wujud sejak
zaman dahulu lagi ketika mereka membakar kayu dan herba aromatik untuk memuji
tuhan mereka melalui asap.
Menurut
kajian, tamadun Mesir adalah tamadun yang pertama menguasai minyak wangi. Ini
dapat dibuktikan melalui penemuan minyak wangi dalam makan Firaun beribu-ribu
tahun dahulu.
Pada
abad ke-9, seorang penulis Arab bernama Al-Kindi, menulis dalam bukunya Book
of the Chemistry of Perfume and Distilations. Di dalam buku itu terdapat
ratusan resepi untuk membuat minyak wangi.
Buku
tersebut juga menceritakan tentang 107 cara untuk membuat minyak wangi, namun
beliau belum menemui sari pati bunga sebagai penambah wangi.
Jabir
Ibnu Hayyan (721-815M) yang digelar sebagai Bapa Kimia Moden telah
membuat penemuan mengenai teknik penghasilan minyak wangi iaitu melalui kaedah
penyulingan, pengewapan dan penyaringan.
Ketiga-tiga
teknik ini didapati mampu mendapatkan aroma minyak wangi daripada minyak pati
tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan.
Tahukah
anda bahawa wangian yang tertua yang masih wujud pada masa kini ialah Eau
de Cologne 4711. Ia dicipta pada tahun 1796 dan ia adalah minyak wangi uniseks
pertama di dunia.
Kota
Cologne, Jerman, merupakan tempat terciptanya Eau de Cologne. Kita dapat
melihat kota tersebut penuh dengan gerai minyak wangi yang terdapat pelbagai
jenis bauan yang sangat menyenangkan.
Di
tengah kota inilah kita dapat menemukan minyak wangi 4711 yang dikatakan
sangat terkenal.
Tambahan
pula, perkembangan teknologi kini membolehkan minyak wangi dihasilkan dengan
pelbagai bahan daripada bahan semulajadi mahupun dari bahan sintetik.
Walaupun
kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri, namun bahan semulajadi adalah jauh
lebih baik – tentu sahaja dari segi keasliannya.
Antara
bahan-bahan semula jadi yang digunakan untuk menghasilkan asas haruman minyak
wangi:
-
Bungan-bungaan: Ros, Lavender, Jasmine, Violet, Lily, Bunga Oren, Plumeria,
Magnolia, Moonflower, Chamomile, Rosemary, Sweet Pea, Tuberose, Ylang Ylang,
Neroli, Lilac, Blossom, Geranium dan lain-lain.
-
Buah-buahan: Keluarga sitrus seperti, limau, oren, lemon, petit grain,
mandarin, epal, peach, strawberry, lychee, honeydew, koko, pear, tonka bean,
vanilla dan lain-lain.
-
Rempah: Lada hitam, buah pelaga, biji lobak, kayu manis, cengkih, halia, pudina, tea dan lain-lain
- Kayu: Amber, benzoin, frankincense (kemenyan), myrrh, geharu,
sandalwood, vetiver, oakmoss, guaiac wood dan lain-lain.
Kepentingan
proses membuat wangian adalah keupayaan untuk mengasingkan bauan daripada bahan
ke dalam minyak atau pati haruman.
Seperti
yang dapat kita lihat sekarang terdapat pelbagai jenis bauan yang dikeluarkan
daripada pelbagai jenis sumber untuk memberikan bauan yang harum kepada kita
supaya sentiasa selesa dan berasa yakin untuk berada di mana sahaja.


No comments:
Post a Comment