Nama
Lata Mawo memang asing. Banyak orang tidak mengetahui tentang kewujudannya.
Lokasi Lata Mawo adalah di Kampung Lawar, Batu Melintang, Jeli, Kelantan.
Lata
Mawo atau Lata Mawas masih belum terkenal disebabkan ia belum dimajukan sebagai tempat
perkelahan oleh mana-mana pihak. Malah untuk sampai ke tempat itu perlu menaiki
kenderaan pacuan empat roda. Perlu melalui laluan balak dan mendaki bukit,
selain melepasi kawasan sungai yang cetek.
Jalannya
masuk ke Kampung Batu Melintang. Terus sahaja menuju ke Empangan Pergau dan
simpangnya sebelah kanan sebelum sampai di Empangan Pergau. Untuk perjalanan
ini boleh menggunakan kenderaan biasa.
Dari
situ untuk sampai ke Lata Mawo perlu menaiki kenderaan pacuan empat roda.
Kenderaan persendirian memerlukan kebenaran untuk memasukinya. Ada penghalang berkunci
dibina di pertengahan perjalanan.
Perkhidmatan
kenderaan pacuan empat roda ada disediakan. Dikenakan bayaran.
No comments:
Post a Comment