Sunday 21 March 2021

RESIPI JERUK PAUH MUDA

Bahan-bahan:
- Buah pauh atau mempelam muda (biji belum keras)
- Garam
- Gula
- Air

Cara penyediaan:
- Belah dua buah pauh.
- Buang biji.
- Buah dipotong kecil membujur menjadi menjadi tiga (untuk setiap belah) atau dua.
- Basuh buah untuk membuang getah atau kotoran semasa proses membelah. Toskan.
- Masukkan ke dalam bekas dan dimasukkan air sehingga tenggelam kesemua.
- Biarkan beberapa jam atau semalaman.
- Toskan dan masukkan ke dalam bekas ada penutup.
- Masukkan garam dan gula (secukup rasa).
- Masukan air mengikut disukai (ada yang hanya masukkan sedikit sahaja dan ada sehingga ‘banjir’.
- Tutup bekas dan dibiarkan semalaman atau tempoh yang lebih lama.
- Selepas semalaman, jika buih banyak, itu tanda tidak cukap garam.
- Jika ingin terus dimakan, tidak perlu tambah garam.

Tempoh menjeruk bergentung kepada citarasa masing-masing. Ada yang hanya menjeruk selama semalaman atau sehari sahaja. Buah masih segar dan ranggup. Terasa keaslian buah pauh.

Jeruk boleh tahan lama jika kandungan garam mencukupi untuk awet buah.

Jeruk mengurangkan rasa masam buah. Jadi, ia boleh dimakan kosong tanpa pencicah. Bagaimanapun lebih sedap dimakan dengan pencicih seperti cuka atau kicap dicampurkan dengan sedikit garam dan gula serta belacan dan lada.

No comments:

Post a Comment