Monday, 3 February 2020

PLATUN SERUNAI ANGKATAN TENTERA

Kita sering melihat pasukan pancaragam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengiringi perbarisan istiadat dan perbarisan yang biasa melibatkan anggota ATM. ATM mempunyai pasukan Pancaragam Pusat dan di setiap cabang perkhidmatan.

Dalam pasukan infantri tentera terdapat Platun Brassband atau Platun Serunai. Platun ini diletakkan di bawah Markas Kompeni. Ketika aman, anggota Platun Brassband atau Platun Serunai akan menjalani latihan dan membuat persembahan mengikut yang diarahkan. Platun ini juga dikenali Platun Tambur.

Anggota platun ini juga biasanya mempunyai ahli kugiran atau kumpulan kugiran. Namun, ahli kumpulan kugiran tidak hanya terhad kepada anggota Platun Brassband. Anggota lain dari pasukan batalion berkenaan juga boleh menyertainya.

Biarpun anggota ini lebih kepada latihan dan kemahiran mengendalikan alat muzik, namun tugas hakiki sebagai anggota tentera tidak diabaikan. Mereka adalah anggota tentara yang boleh digerakkan ke medan peperangan pada bila-bila masa seperti anggota lain. Mereka menjalani latihan asas ketenteraan dan kursus-kursus kerjaya lain sepertimana anggota platun lain.

Pun begitu, dalam carta pembahagian tugas di medan pertempuran, anggota Platun Brassband termasuk dalam kumpulan tugas bantuan. Antara tugas yang dilakukan ialah sebagai kumpulan pengusung apabila berlaku kecederaan atau kematian anggota tentera yang bertempur.

Dalam pertempuran berskala besar dan melibatkan masa yang lama, anggota Platun Brassband dan kugiran terlibat untuk menghiburkan anggota di perbatasan.

Gambar: Kugiran Batalion Ke Enam Belas RAMD

No comments:

Post a Comment