Mengapa
Melayu suka bergaduh sesama sendiri? Siapa yang untung? Pepatah telah
mengajar kita, kalau bergaduh sesama sendiri, menang jadi arang, kalah jadi
abu.
Jadi
siapa yang untung dalam pergaduhan sesama Melayu? Kalau Melayu bergaduh sesama
sendiri tentulah yang mendapat keuntungan adalah bangsa bukan Melayu.
Tidak
ada fakta sejarah mengatakan bergaduh akan menyebabkan sesuatu bangsa itu
kuat. Yang pasti, bergaduh menyebabkan lemah dan terus hancur.
Kita
perlu istiqamah dan berterusan yakin dengan usaha memperkasakan Melayu dan
memenangkan Islam. Kejayaan bukan datang dengan mudah.
Menyalahkan pihak lain dengan kegagalan dan
kelemahan orang Melayu tidak akan mengubah apa-apa. Banyak masa dilakukan untuk
menyalahkan pihak lain akan menyebabkan Melayu semakin kehilangan jati diri.
Untuk menjadi kuat dan berkuasa, orang Melayu
perlu lebih menumpukan usaha kepada memperbaiki dari. Berusaha lebih gigih dan
berstrategi perlu dilakukan.
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib
sesuatu kaum itu, melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya.
Untuk mengubah kaum, yang pertama dilakukan
ialah perubahan individu. Jika individu berubah ia menjadi sebahagian daripada
kaum berkenaan. Jika majoriti individu berubah, maka boleh dikatakan kaum itu
telah berubah. Untuk semua individu dalam sesuatu kaum berubah sepenuhnya
adalah sesuatu tidak mungkin.
Maka, wahai orang Melayu, marilah berubah
kepada sesuatu yang lebih baik. Jangan menyalahkan sebarang kelemahan yang
dialami ditujukan kepada pihak lain.
Bangkitlah untuk berubah. Jauhkan sikap
berganduh sesama sendiri. Melayu mesti bersatu dan membentuk hubungan akrab
dalam semua urusan kehidupan seharian.
Utamakan membantu sesama Melayu. Itu bukan rasis.
Utamakan produk muslim, bukan boikot produk bukan muslim.
Berlainan idologi politik tidak seharusnya menjadi
pemutus tali persaudaraan. Islam mencegah dilakukan perbuatan yang menyebabkan perpecahan.
Islam menyeru agar berpegang teguh dengan tali-tali Allah iaitu ajaran Islam.
Jatuhnya Melayu bukan sekadar satu bangsa, tetapi
agama anutan. Islam anutan Melayu. Jika Melayu lemah, maka Islam di Malaysia juga
akan lemah.
Berjuanglah memperkasakan Melayu sebagai sebahagian
ibadat iaitu mempertahan dan memperkasakan Islam. Berjihadlah demi Islam dan Melayu.
No comments:
Post a Comment