Pesakit
mengidap penyakit bahaya dan kronik perlu mengambil banyak jenis ubat untuk
mengurangkan kesakitan atau mengelak daripada terjadi lebih buruk. Jenis dan
jumlah ubat yang perlu diambil mengikut jangkasama ditetapkan memang banyak.
Kata orang tua-tua 'bergantang ubat'.
Memandangkan
banyak jenis ubat dibekalkan dan perlu dimakan dalam tempoh masa tertentu, maka
perlu dibuat 'pengurusan' atau 'susun' ubat. Ini untuk memastikan ubat-ubat
yang perlu diambil tidak tertinggal dan senang dicari ketika diperlukan.
Meletakkan
ubat dalam satu bekas atau plastik untuk satu masa tertentu adalah satu kaedah
paling baik untuk diamalkan. Memang kerja ini 'rumit; ketika hendak menyusun,
tetapi menjadi amat mudah ketika diperlukan.
Penyusunan
ubat ini juga memudahkan ketika tidak berada di rumah atau pergi ke satu-satu
tempat. Ubat yang dibawa adalah mengikut keperluan dan tidak perlu membawa ke
semua yang masih ada dalam simpanan.
Jika
diasingkan dan disimpan dengan baik, ia mudah dimakan biarpun ketika berada di luar
rumah terutama ketika makan di luar. Ada jenis ubat yang perlu diambil sebelum makan
atau selepas makan.
Jangan
malas untuk uruskan ubat mengikut keperluan. Ambil ubat mengikut jenis, kuantiti
dan masa yang ditetapkan.
No comments:
Post a Comment