Gunung
Ayam di Hutan Simpan Kuala Betis kini mencuri tumpuan banyak pengemar
hiking. Dengan ketinggian kurang 1000 meter menjadikan ia dianggap sederhana
lasak kepada penggemar hiking dan boleh dilakukan dalam satu hari untuk ke
puncak dan kemudian turun.
Aktiviti hiking secara berkumpulan biasanya
akan berkumpul di Masjid Kuala Betis sebelum menaiki kenderaan pacuan empat
roda untuk menuju tempat mula. Masa hiking bermula sekitar 08.00 pagi dan
berakhir di tempat yang sama sekitar pukul 06.00 petang.
Sebenarnya Gunung Ayam Hutan Simpan Kuala Betis
telah lama menarik minat ahli geologi membuat kajian. Gunung tersebut mempunyai
tarikan kerana bentuk puncak yang mendatar. Ia dikaitkan dengan keadaan sebuah
gunung di negara Venusuela iaitu Gunung Roraima.
Puncak yang mendatar itu dikenali permatang
kongolomerat yang menggambarkan ia satu yang besar dan hebat.
Gunung Ayam diketengahkan untuk
penyelidikan mengenai ciri-ciri geologi dan geowarisan yang berpotensi.
Geowarisan ialah kajian berkaitan mineral, batuan, fosil, tanah, bentuk muka
bumi dan proses geologi daripada skala kecil saiz bijirin kepada skala serantau
sebesar banjaran gunung.
Konglomerat Gunung Ayam meliputi kuarzit
besar, arang batu dan grafit adalah beberapa ciri geowarisan yang dikenal
pasti, dicirikan dan dinilai melalui penilaian geowarisan yang terdiri daripada
kaedah kualitatif dan kuantitatif mengikut parameter tertentu. Hasil yang
diperoleh boleh digunakan untuk menerangkan kepentingan ciri geowarisan untuk
geopemuliharaan.
Kajian lebih terperinci perlu dilakukan
untuk mendapat gambaran menyeluruh. Kekurangan data geologi daripada kajian
lepas menyukarkan untuk mentakrifkan dan mengukuhkan perancangan mengenai
ciri-ciri geowarisan untuk geopemuliharaan.
Aktiviti pembalakan dan peladangan di
kawasan berkenaan perlu dilakukan secara berhemah bagi memastikan ciri-ciri
geologi yang ada dipelihara dengan baik dan tidak dirobohkan oleh aktiviti ini.
Sebenarnya, di Kelantan ada dua Gunung Ayam. Selain di Kuala Betis, satu lagi Gunung Ayam yang terkenal ialah di Hutan Jelawang, Kuala Krai dengan ketinggian 1504 meter dari aras laut.
Gunung Ayam di Jelawang, Dabong lebih terkenal kerana ia sudah lama menjadi destinasi kembara berjalan kaki (hiking) di kalangan peminat aktiviti lasak. Gunung Ayam menjadi salah satu tiga puncak yang sering didaki di Jelawang, dengan dua lagi ialah Gunung Baha (1450 meter) dan Gunung Stong dengan ketinggian 1442 meter dari aras laut.
Malah di Jelawang terdapat air terjun tertinggi di Asia Tenggara iaitu Air Terjun Jelawang yang menjadikan ia destinasi paling popular di Kuala Krai.
Jika di Gunung Ayam di Dabong ada air terjun tertinggi di Asia Tenggara, di Gunung Ayam di Kuala Betis juga ada air terjun menarik yang dikenali Air Terjun Tegap.
No comments:
Post a Comment