Sunday, 10 October 2021

CARA ATASI HALANGAN MINDA

 
Pernah dengar tentang kisah Roger Bannister pelari terkemuka yang berlari sejauh 1 batu atau lebih kurang 1.6km dan berjaya menamatkan larian tersebut di bawah tempoh 4 minit? 
 
Sebelum rekod ini muncul, banyak pakar ahli sukan yang mengatakan bahawa ianya suatu perkara yang mustahil. 
 
Namun, bagi Roger Bannister, semua itu adalah mindset blocking. 
 
Jadi, dia berlatih dan terus berlatih dan akhirnya, 9 tahun selepas itu dia berjaya mencipta rekod baharu larian 1.6km dalam masa 3 minit 59 saat. 
 
Lapan bulan kemudian, lahirlah 4000 pelari yang mampu menamatkan larian di bawah 4 minit pula. 
 
Sebab itu sangat penting kita melihat dan belajar daripada kisah kejayaan orang lain, bagaimana mereka bangkit dan bagaimana mereka sangat pantas berjaya. 
 
Kalau asyik tengok diri kita sahaja, sampai bila-bila kita tak akan dapat beranjak ke tahap yang lebih tinggi
 
Sumber media sosial. 

No comments:

Post a Comment