Monday 7 June 2021

TAMAT PENGAJIAN DI AKADEMI TENTERA LAUT AMERIKA SYARIKAT

Tahniah diucapkan kepada Pegawai Kadet Kanan (PKK) Ahmad Yusuf bin Ahmad Azani yang telah berjaya menamatkan pengajian di United States Naval Academy (USNA) pada 28 Mei 2021.

Majlis graduasi pegawai telah dihadiri Defence Attaché, Brig Gen Dato Saadon bin Hasnan TUDM dan isteri.

PKK Ahmad Yusuf telah mengikuti latihan di USNA sejak 19 Jun 2017 dan telah pulang ke tanah air dengan Ijazah Sarjana Muda Sains Operasi Siber pada 4 Jun 2021.

Pegawai kini sedang menjalani kuarantin wajib selama 14 hari mengikut prosedur COVID-19 yang telah ditetapkan.

Pegawai akan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda TLDM dan kemudian mengikuti Kursus Kelayakan Pegawai Eksekutif di KD Sultan Idris I pada bulan September ini.

No comments:

Post a Comment