Salah
satu jenis ikan yang jarang kita dengar namanya ialah ikan daun baru. Ikan ini
adalah jenis ikan air masin atau ikan laut.
Dipercayai
terdapat sekurang-kurangnya terdapat dua spesies ikan daun baru iaitu ikan daun
baru bintik (sicklefish) dan ikan daun baru belang (sicklefish). Kedua-duanya ada
sedikit perbezaan dari segi tompok dan corak warna di badan.
Ciri-ciri
fizikal utama ikan ini memiliki badan berbentuk leper dan lebar dengan rata di
bahagian bawah dan tirus di bahagian atas.
Ada
sesetengah pemancing memang suka memancing ikan daun baru. Memang agak mudah
kalau berminat hendak memancing ikan daun baru berbanding hendak memburu spisis
lain yang agak cerewet seperti jenahak, bandang, kerapu dan ebek.
Kebiasaannya
pemancing menggunakan umpan udang kopek atau pumpun sarang sahaja jika hendak
memburu spisis daun baru. Umpan ini memang berkesan dan ramai pemancing berjaya
menaikan ikan daun baru. Tapi, penggunaan umpan udang kopek dan pumpun
selalunya kita akan mendapat ikan daun baru yang kurang dari sekilo.
Jika
mahu memburu ikan daun baru yang besar, penggunaan umpan udang hidup seekor
lebih praktikal berbanding udang kopek. Kebiasaannya ikan daun baru aktif
semasa air bergerak pasang. Lagi besar pasang lagi besar ikan daun baru. Berat
ikan daun baru boleh mencecah lebih 2 kilogram seekor.
Ikan
daun baru sedap digulai kari dan goreng. Jika digoreng, kena sampai garing baru
sedap dimakan.
No comments:
Post a Comment