Seorang
lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW, “Apakah amalan yang terbaik dalam
Islam?” Baginda bersabda, “Memberi makan makanan dan memberi salam kepada orang
engkau kenal dan orang yang engkau tidak kenali”. (Hadith Riwayat al-Bukhari
dan Muslim)
Mereka
tidak meminta berada di situasi ini. Berpendapatan gaji hari, tiada apa yang
mereka boleh lakukan harus lakukan di saat ini. Sayu hati ini, mendengar rayuan
dan tangisan anak kecil.
Bayangkan
jika ini berlaku pada anak dan keluarga kita. Inilah hakikat yang mungkin ramai
tidak nampak. Ketika kita mempunyai makan yang cukup dan bergaul mesra dengan
anak-anak, ada di kalangan jiran kita yang sedang menahan kelaparan.
Kita
menjemput rakan yang jauh untuk menikmati jamuan lazat dengan pelbagai aneka
menu, sedangkan jiran di sebelah rumah hanya boleh menikmati bau serta melihat
kemeriahan dan keramahan kita melayan tetamu.
Islam
mengajar kira mengutamakan jiran terdekat, tanpa menegah mengajak jiran atau
rakan yang jauh. Namun, yang perlu diberi perhatian ialah dengan tidak
melupakan ‘hak’ jiran yang terdekat.
Hulurkan
bantuan anda kepada yang memerlukan. Masih ramai di sekeliling kita orang yang
memerlukan bantuan.
“Tidak
akan beriman seseorang pun di kalangan kamu sehinggalah dia menyayangi
saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri.”- (Hadis Riwayat Imam
Bukhari).
No comments:
Post a Comment