Sama
seperti kepercayaan biasa yang lain, idea bahawa keyakinan diri adalah kualiti
yang ada hanya pada kalangan tertentu adalah tidak tepat. Kalau kita sendiri
ragu tentang kebolehan sendiri, bagaimana hendak mendapat keyakinan orang lain.
Novelis
warga Scotland dan pencipta watak Peter Pan, J. M. Barrie, pernah menulis,
“Saat anda meragui kebolehan anda untuk terbang, anda tidak akan berjaya
melakukannya.”
Kebanyakan
kejayaan bermula dengan mempercayai kebolehan diri sendiri. Keyakinan terhadap
diri sendiri bererti mengetahui yang anda mempunyai potensi yang boleh membawa
anda ke mercu kejayaan. Ketahuilah bahawa anda mempunyai segala-galanya untuk
membuat perkara hebat dan meninggalkan kenangan dan kesan positif di dunia.
Jangan
sangka yang anda sudah mencapai tahap di mana semuanya lengkap dan sempurna.
Cabaran sentiasa menanti untuk diharungi, begitu juga idea dan konsep baharu
untuk dipelajari. Itu hanya sebahagian daripada keseronokan. Anda tidak akan
pernah selesai belajar; anda akan sentiasa berkembang.
Keyakinan
diri bukanlah sejenis alat, ia suatu bentuk seni. Jadi, keyakinan diri tidak
boleh dicapai mengikut acuan orang lain. Tiada paten atau reka cipta boleh
didaftarkan untuk mengatakan sesuatu bentu keyakinan diri.
Fikirkan
tentang keinginan ingin membina keyakinan diri. Kita jadikan inspirasi kejayaan
orang lain sebagai contoh. Cubalah lakukan sesuatu yang baik untuk
mencontohinya. Memang bukan mudah untuk melakukan, tetapi itu bukan alasan
untuk berhenti setakat itu sahaja. Pada permulaan bagaikan serba tidak kena.
Semua rasa tidak selesa. Itulah juga dialami oleh orang yang telah berjaya
ketika mereka mulakan dahulu. Tetapi, jika anda tidak mudah menyerah, akhirnya
kejayaan yang akan menyerah kepada kita.
Kejayaan
seperti binatang buas yang perlu dijinakkan dengan keyakinan diri dan usaha.
Setelah berjaya dijinakkan, binatang buas itu pasti memberi kebaikan yang tidak
dimiliki oleh orang lain yang takut untuk mencuba dan berusaha.
No comments:
Post a Comment