Wednesday, 18 July 2018

SEKOLAH KEBANGSAAN NIK DAUD KAMPUNG JAKAR TANAH MERAH

Sekolah Kebangsaan Nik Daud (SK Nik Daud) merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Kampung Jakar, Jalan Tanah Merah – Jeli. Harus diingatkan, Kampung Jakar di mana terletaknya Sekolah Kebangsaan Nik Daud ialah Kampung Jakar di Tanah Merah. Satu lagi nama Kampung Jakar terletak di Machang. 

Sekolah Kebangsaan Nik Daud terletak kira-kira 7 kilometer dari pekan Ayer Lanas dan 30 kilometer dari bandar Tanah Merah. Dari jalan utama Tanah Merah – Jeli (Lebuh raya Timur Barat) jaraknya kira-kira 1.6 kilometer.

Nama asal Sekolah Kebangsaan Nik Daud ialah Sekolah Kebangsaan Dato' Aria Di Raja Nibong. Namanya ditukar pada pertengahan tahun 1970-an. Dato' Aria DiRaja ialah gelaran kepada Nik Daud Nik Mat yang dinamakan ke atas sekolah tersebut. Sekolah Kebangsaan Nik Daud berada di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Tanah Merah.

Alamat Sekolah Kebangsaan Nik Daud ialah KM 35, Jalan Tanah Merah – Jeli, Kampung Jakar, Ayer Lanas, Kelantan. Nombor telefon 09-9468673

No comments:

Post a Comment